CARA PEMBELIAN


2) Hantar ‘Private Message’ ke Kekabu Outlet Store / email kekabuoutletsore@gmail.com tentang butiran tersebut:

**Jikalau saya tidak membalas ‘Private Message’ anda dalam 1 hari, silalah  sms/telefon ke 017-7226804.

a.      Warna/corak:
b.      Saiz:
c.      Kuantiti:
d.      Nama:
e.      No telefon:
f.       Alamat:
g.      Butir pembayaran:

3) Setelah membuat pembayaran penuh, barang akan siap dan diposkan kerumah anda dalam 7 hari waktu bekerja.

**cas penghantaran adalah berlainan dari jumlah.

4) Jikalau mahu ‘self collect’ hendaklah telefon terus ke nombor tertera dan kami akan memberikan alamat kepada anda.

Psst..anda boleh lihat contoh yang telah kami sediakan dan lihat promosi yang sedia ada.. 



Mesin Jahit Emak



Emak cakap mesin jahit ni dah ada sebelum saya ada. Kemungkinan mesin jahit ni hampir-hampir 35 tahun didalam gengaman emak. Walaupun dah berpuluh tahun, dah macam tak serupa mesin jahit (terkopek kayu), tapi masih lagi berkhidmat untuk kami sekeluarga. Banyak jasa mesin jahit ini pada kami.  

Dulu waktu kecik-kecik, mak lagi ‘pro’ jahit macam-macam. Sehinggalah sekarang mak masih menjahit sarung bantal kekabu untuk anak saya dan semua cucu-cucu dia. Emak juga pandai jahit baju kurung, sarung tilam, langsir, sarung kusyen dan sebagainya. Tapi sekarang disebabkan kekangan umur dan kesihatan, mak menghadkan menjahit. Ilmu menjahit diturunkan sikit demi sedikit kepada saya yang kurang rajin ni. Terima kasih mak.

Untuk pengetahuan anda semua, semua bantal kekabu dan sarung bantal yang ditempah dijahit menggunakan mesin ini. Letih kaki mengayuh, tapi disebabkan minat mendalam dalam menjahit, tetap ukuh sampai sekarang. Segala kerja-kerja membuat bantal dan tilam kekabu adalah secara manual dan menggunakan tulang empat kerat. Tiada mesin moden, tiada pakai pekerja luar. 


Sekian. 



 

Bantal Kekabu Copyright © 2011 -- Find Us at FACEBOOK -- Powered by Kekabu Outlet Store