Facebook

Kepada mereka yang baru pertama kali buka atau jumpa blog ini, anda boleh lihat contoh bantal dan tilam bayi

Atau pun boleh layari Facebook kami di https://www.facebook.com/kekabuoutletstore

Disitu banyak contoh contoh bantal dan tilam bayi..
Dengan ini, kami lampirkan sekali tilam bayi tanpa sarung. Untuk makluman anda, tilam ini adalah "homemade".



Sekian.

Penjemuran bantal kekabu

Salam.

Alhamdullilah tempahan semakin banyak.

Kenapa perlu jemur bantal kekabu? Tak boleh ke tak jemur?
Perlu untuk menjemur bantal kekabu kerana untuk membuang hama dan habuk kekabu. Debu hama tidak 100% boleh hilang. Kerana setiap bantal mempunyai hama. Sebab itulah setiap bantal perlu disarung, lagi selesa guna sarung yang dibuat 100% dari cotton (kapas). Selain itu, proses jemuran juga boleh tebalkan semula lagi bantal kekabu anda.

Boleh juga jikalau tidak jemur, tetapi bantal anda akan ada sedikit bau kekabu.



Untuk sebarang tempahan, melihat warna bantal, saiz bantal dan contoh bantal siap, sila klik kat tab atas sekali yang kami sediakan. Terima kasih

Mesin Jahit

Alhamdullilah....

Saya mendapat sokongan penuh dari suami, ahli keluarga teruatamanya mak mentua untuk meneruskan kerjaya dari rumah. Tak perlu pening-pening nak cari kerja dan risau siapa nak jaga anak. La ni, kerja dari rumah jea. Anak pun duduk depan mata Jadi, dengan itu suami belikan mesin jahit baru! Ya, Jahitan lebih kemas dan produktiviti pula semakin bertambah



Sekarang dah ada mesin jahit kat rumah, tangan ni asyik nak menjahit jea.


Saiz bantal

Jangan risau kerana selain dari 'standard size' untuk dewasa, kami juga ada membuat dan menjual bantal kecil untuk anak anda yang comel tu.

Untuk tengok saiz, sila klik sini saiz bantal kekabu

Pada sesiapa yang berminat untuk jadi pemborong, silalah email saya di kekabuoutletstore@gmail.com
Untuk info lebih lanjut dan banyak lagi tips dan petua,, silalah ke facebook kami. klik sini FB page

Sekian. 


Produktiviti

Salam...

Alhamdullilah berkat doa, sokongan dan kepercayaan dari pelanggan, kami masih beroperasi hingga kini. Cuma kekadang masa sahaja tidak mengizinkan kami untuk mengambil tempahan yang banyak.Ini kerana kami tiada pekerja kecuali sorang (bos, kerani, menjahit,sumbat kabu dan lain-lain), sayalah tu. :)

Tak perlu cerita banyak, jom tengok bantal yang sudah siap ditempah. Ada juga gambar yang tidak sempat diambil. Tapi takpelah, yang ada ni pun sudah boleh buat anda yakin pada produk kami.





Sebenarnya, disamping buat bantal, saya ada juga buat produk sarung untuk bakul dan kalau anda ingin tempah sarung tilam pun boleh. Cuma saiz dan kain anda 'provide' yea. Inshaallah Tuan Tanah dalam proses meningkatkan lagi produktiviti dalam bidang jahitan ini. Salah satunya ialah menbuat baju kurung. Tunggu dan lihat.

Sekian.




 

Bantal Kekabu Copyright © 2011 -- Find Us at FACEBOOK -- Powered by Kekabu Outlet Store